Saturday, 27 May 2017

CERITA MALAM 29 SYA'ABAN 1438H

Warga Kelas Mengaji Ustaz Syukri..TERBAIK 
Majlis Khatam Al-Quran Adik Haikal Danish (10 Tahun)
Adik Haikal menamatkan bacaannya sebelum khatam.
Adik Haikal Danish bersama Al-Fadhil Ustaz Syukri
Dari kiri : Aiman, Haikal, Ustaz Syukri, Irfan, Izzad

Ustazah Hafizah..Guru IQRA' Kelas Mengaji
Anugerah tilawah al-quran  - Adik Atikah

Anugerah tilawah al-quran  - Adik Amirah

Anugerah tilawah al-quran  - Adik Izzad

Anugerah tilawah al-quran  - Adik Haikal Danish

Anugerah Bacaan Iqra' - Adik Ainul

Anugerah Bacaan Iqra' - Adik Alya

Anugerah Bacaan Iqra' - Adik Eca
  
Anugerah Bacaan Iqra' - Adik Mahirah
  
Sambutan Hari Jadi Adik Haikal Danish yang ke-10


Juadah Jamuan Malam ni..Sedapp!!! Terima kasih kpd ibubapa yg menyumbang.

Semua excited nak makan

x menang tangan ustazah melayan..tapi sangat happy !!





Bersungguh2 adik Qayuum makan..hihi

Awak jgn ambik banyak tau..hihi


Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..semoga Ramadhan pada tahun ini kita semua penuhkan dengan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

Terima Kasih Allah...Terima Kasih Semua !!!!

Salam Ramadhan dari Intisyar Resources :
 Ustaz Syukri, Ustazah Hafizah & Semua Warga Kelas Mengaji.

Wednesday, 24 May 2017

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



RAMADHAN yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.

Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.

Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.

Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperoleh manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga.

Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut:

1.Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

2.Ilmu tentang ibadah yang terdapat dalam bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3.Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca al-Quran dan sebagainya.

4.Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.

Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. 

SUMBER – HARAKAHDAILY 12/4/2017