Sunday, 18 December 2016

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Waahh!!! Bestnya dapat belajar Bahasa Arab. Dulu tak minat..sekarang bila mula belajar asas...minat tu dah semakin bertambah! Itulah kata-kata dari anak-anak di sini selepas mengikuti kelas intensif bahasa arab. Memang best, belajar asas sedikit demi sedikit...lama-lama insyaallah akan pandai.

BERMINAT ????

Hubungi : 019-3733701 (Ustaz Syukri) / 011-25649864 (Ustazah hafizah)

ATAU 

Daftar Online dengan hanya klik di SINI

Belajar mengenal anggota badan dalam bahasa arab

]




Praktikal bertutur dalam bahasa arab



SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1468H

Alhamdulillah, Sempena bulan Rabiulawwal 1438 Hijriyyah ini, Kami mengadakan Sambutan Maulidurrasul bagi mengingati Junjungan Besar kita iaitu Baginda Rasulullah s.a.w. 
Terima kasih diucapkan kepada semua anak-anak kelas mengaji yang hadir bagi menjayakan sambutan ini.
Sama-sama kita mengahayati & mencontohi akhlak mulia Rasulullah s.a.w.. Semoga Allah merahmati kita semua yang selalu berselawat  kepada Baginda s.a.w.



                               
                                 GALERI SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1458H


Adik Zarfhan melaungkan Azan


Jamuan ringan Maulidurrasul



Tuesday, 13 December 2016

AMALI WUDUK & PRAKTIKAL SOLAT

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberikan kepada kita banyak nikmat-nikmat di dunia ini.

Semalam 13 Disember 2016, Program Amali Wuduk & Praktikal Solat telah diadakan bertujuan untuk mengajar dan mendidik anak-anak di sini tentang cara mengambil wuduk dan solat dengan sempurna mengikut ajaran junjungan besar kita yang mulia iaitu Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih kepada semua anak-anak kelas mengaji yang hadir semalam!!




Adik Syafiq belajar berwuduk




Praktikal Solat bersama Ustaz Syukri





KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH BERMULA !!!


Assalamualaikum wbt,
Bismillahi walhamdulillah,

Kelas Intensif Cuti Sekolah telah bermula hari ini.

Sesiapa yang berminat boleh lagi mendaftar.

Kelas Bermula 13 - 23 Disember 2016 *mengikut jadual

Maklumat Lanjut : Klik Di SINI 
Pendaftaran Online : Klik Di SINI

Sila Hubungi :
011-25649864 / 019-3733701





GALERI KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH





 Kelas Bahasa Melayu (Penulisan)

Jawab betul-betul ya adik Amirah :-)

One to One dengan guru. Tak Faham Tanya


 Kelas Bahasa Melayu (Pemahaman)






SAMBUTAN HARI JADI AWISY KALI KE-2

Alhamdulillah...genap usia 2 Tahun usia Awisy  (Ahmad Darwisy Al-Mahdi Bin Ahmad Syukri). Semoga Awisy menjadi anak yang soleh penyejuk mata hati abi & ummi.

Awisy yang memakai baju biru
Terima kasih anak-anak kelas mengaji yang turut sama-sama meraikan Sambutan Hari Jadi Awisy yang ke-2 ini dengan meriah sekali.




Happy Birthday Awisy !!!





Monday, 12 December 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran salah seorang pelajar Kelas Mengaji iaitu Muhammad Fikhriy Bin Hishamuddin (14 Tahun) setelah 1 tahun bertungkus lumus dan istiqamah untuk menghabiskan bacaan Al-Quran bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syukri (Guru Bersanad).

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada adik Muhammad Fikhriy di atas usaha sungguh-sungguh yang telah dilakukan. Barakallahufeek ya tholibul ilmi!!! Teruskan Belajar Al-Quran sehingga ke akhir hayat!












KELAS MENGAJI AL-QURAN & QIRAATI

                                      Bismillahirrahmaanirrahim....
Alhamdulillah atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT, akhirnya genap setahun kelas mengaji Al-Quran ini berlangsung dan sehingga sekarang masih lagi tidak putus-putus anak-anak di sini datang belajar mengaji Al-Quran & Qiraati bersama Al-Fadhil Ustaz Syukri & Al-Fadhilah Ustazah Hafizah. Bermula daripada 1 orang sehingga sekarang jumlah pelajar mencecah sebanyak 30 orang. Tahniah dah Syabas kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang sentiasa istiqamah dalam menempuh liku-liku dan cabaran dalam belajar Al-Quran ini.
Antara Kelebihan Belajar Al-Quran adalah :

 Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaĆ”t kepada para pembacanya." (HR Muslim)


Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)


Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.